Ahad, 24 Jun 2012

Pengenalan








Janda baik merupakan sebuah kampung yang terletak didalam daerah Bentong, Negeri Pahang Darul Makmur. Ianya merupakan sebuah kampong melayu dengan populasi penduduk seramai 1,000 orang. Kampung Janda baik terletak 30 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Keindahan alam semulajadi yang di kelilingi oleh Hutan hujan tropika yang masih belum tercemar, pengudaraan yang bersih dan nyaman menjadikan Janda baik sebuah destinasi beriadah yang popular. Terdapat berbagai kemudahan penginapan yang terdapat di sini bersesuaian dengan budget anda. Salah satu daripada kemudahan penginapan dan perkelahan yang sering dikunjungi adalah Teratak Pak-Lah. (Source : Wikipedia.org)

Teratak Paklah menyediakan Chalet-Chalet penginapan dengan harga yang berpatutan. Teratak Paklah diusahakan oleh Tuan Haji Abdullah Talib bersama isteri tercinta Pn. Hajjah Siti Razani Mat Daud. Pada permulaannya, bagi mengisi masa terluang En. Abdullah membuka kawasan perkelahan ini. Konsep yang diterapkan oleh En. Abdullah adalah Konsep Perkelahan Dalam Taman. Kawasan Teratak Paklah di susuri dengan anak sungai yang tidak begitu dalam dan sesuai untuk aktiviti bermandi-manda dan  selamat untuk seisi keluarga. Dengan adanya kemudahan penginapan dan perkelahan bukan sahaja dapat menaikkan nama Kampung Janda Baik malah secara tidak langsung dapat menaikkan ekonomi penduduk di sekitarnya.