Khamis, 28 Mei 2015

Kemudahan Penginapan untuk Tempahan



Teratak Pak Lah - I menyediakan kemudahan- kemudahan seperti berikut;

Pondok penginapan A
Pondok penginapan B
Pondok penginapan C
Pondok penginapan D
Pondok penginapan E
Pondok penginapan F
Pondok penginapan G
Pondok penginapan H

DEWAN YANG TERTUTUP (Boleh memuatkan 20 orang)
Dewan ini menggantikan dewan lama, lokasi masih sama.

Bangsal untuk berkelah
Meja untuk berkelah
Tempat BBQ
Bilik mandi dan Tandas


Teratak Pak Lah - II  menyediakan kemudahan- kemudahan seperti berikut;

Pondok penginapan unit berkembar (setiap bilik mempunyai tandas)  - 8 unit
Pondok penginapan unit sendiri (tanpa tandas)  - 4 unit
2 Bangsal untuk berkelah
Meja untuk berkelah
Tempat BBQ
Bilik mandi dan Tandas

Sila rujuk peta persekitaran untuk memudahkan urusan penempahan. Harga yang dikenakan amat berpatutan mengikut budget anda. Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi En. Abdullah (013 3413047 / 01132524970) atau En. Norhisham (017 3535080).

Setiap hujung minggu kami menerima banyak tempahan dari keluarga mahupun syarikat-syarikat. Diminta dapat membuat tempahan awal dari tarikh yang anda kehendaki untuk mengelakkan dari sebarang kesulitan. Deposit kedalam akaun diperlukan bagi mengesahkan tempahan anda. No akaun akan diberi setelah berbincang dengan En. Abdullah. Harap Maklum.

Untuk makluman semua, Pak Lah tidak dapat membalas komen-komen diblog ini disebabkan kekangan liputan internet di Janda Baik.



Peta - Teratak Paklah I




Peta - Teratak Pak Lah -II


Selasa, 31 Mac 2015

Pondok H

Pondok H (terletak diantara Pondok F & Pondok A)

Pondok H merupakan pondok kecil yang mempunyai balcony, mempunyai katil queen size, ianya amat bersesuaian bagi mereka yang datang berkelah untuk bermalam mahupun tanpa bermalam. Ramai pelanggan yang memilih pondok ini  kerana inginkan suasana yang classy. Pondok ini terletak berhampiran sungai dan disediakan tempat BBQ dan tikar. Jika anda ingin bermalam di pondok ini, pastikan anda membawa bekalan selimut yang tebal kerana suhu pada waktu malam begitu sejuk namun kami ada menyediakan tilam, bantal dan juga selimut.




Sabtu, 21 Disember 2013

Permandangan Sekitar Teratak Pak Lah -II









Pondok Penginapan G

Pondok Penginapan - G
 
 
Pondok ini terletak mengadap sungai dan juga berdekatan dengan jambatan. Disediakan kemudahan asas seperti lampu, kipas dan juga plug elektrik.
 


 permandangan dari beranda
 
 
permandangan dari beranda


Isnin, 2 Disember 2013

Pondok 101-104

Pondok seunit (tanpa bilik air)
Pondok ini terletak di bahagian TERATAK PAK LAH II (rujuk peta)
Disediakan kemudahan set katil King size, kipas angin dan juga soket elektrik.









 
 

Pondok Berkembar 105-1012

Pondok Berkembar (bersama bilik air)
 

Unit Pondok berkembar dua pintu ini disediakan kemudahan bilik air  didalam untuk keselesaan. Terdapat 8 unit keseluruhan.





 




Ahad, 24 Jun 2012

Pengenalan








Janda baik merupakan sebuah kampung yang terletak didalam daerah Bentong, Negeri Pahang Darul Makmur. Ianya merupakan sebuah kampong melayu dengan populasi penduduk seramai 1,000 orang. Kampung Janda baik terletak 30 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Keindahan alam semulajadi yang di kelilingi oleh Hutan hujan tropika yang masih belum tercemar, pengudaraan yang bersih dan nyaman menjadikan Janda baik sebuah destinasi beriadah yang popular. Terdapat berbagai kemudahan penginapan yang terdapat di sini bersesuaian dengan budget anda. Salah satu daripada kemudahan penginapan dan perkelahan yang sering dikunjungi adalah Teratak Pak-Lah. (Source : Wikipedia.org)

Teratak Paklah menyediakan Chalet-Chalet penginapan dengan harga yang berpatutan. Teratak Paklah diusahakan oleh Tuan Haji Abdullah Talib bersama isteri tercinta Pn. Hajjah Siti Razani Mat Daud. Pada permulaannya, bagi mengisi masa terluang En. Abdullah membuka kawasan perkelahan ini. Konsep yang diterapkan oleh En. Abdullah adalah Konsep Perkelahan Dalam Taman. Kawasan Teratak Paklah di susuri dengan anak sungai yang tidak begitu dalam dan sesuai untuk aktiviti bermandi-manda dan  selamat untuk seisi keluarga. Dengan adanya kemudahan penginapan dan perkelahan bukan sahaja dapat menaikkan nama Kampung Janda Baik malah secara tidak langsung dapat menaikkan ekonomi penduduk di sekitarnya.