Selasa, 24 April 2012

Pondok F

Pondok F merupakan pondok kecil satu bilik, ianya amat bersesuaian bagi mereka yang datang berkelah untuk bermalam mahupun tanpa bermalam. Ramai pelanggan yang memilih pondok ini  kerana inginkan suasana yang classy. Pondok ini terletak berhampiran sungai dan disediakan tempat BBQ dan tikar. Jika anda ingin bermalam di pondok ini, pastikan anda membawa bekalan selimut yang tebal kerana suhu pada waktu malam begitu sejuk namun kami ada menyediakan tilam, bantal dan juga selimut.











Dewan

Oleh kerana banyak permintaan dari para pelanggan, maka Pak Lah telah membina sebuah dewan terbuka yang agak besar. Dewan ini bersesuaian untuk acara Hari Keluarga persendirian mahupun oleh syarikat-syarikat. 




Permandangan Sekitarnya




















Pondok Penginapan D dan E

Pondok penginapan D dan E terletak berhampiran sungai. Di sekitarnya  disediakan sebuah tempat untuk BBQ, bangsal dan meja untuk berkelah. Pondok D mempunyai sebuah bilik yang dilengkapi kipas siling, dengan sebuah tilam queen size, bantal,  tikar, dan plug untuk memasak mahupun mengecas telefon.




 Pondok D


 




Pondok E














Pondok Penginapan C

Pondok penginapan C terletak di tengah - tengah laman perkhemahan. Ianya agak kecil boleh memuatkan 3 org dewasa pada satu masa. Berhampiran dengan tandas. Pondok ini dilengkapi dengan bantal, tilam dan almari. Plug juga ada disediakan.


 
 

Pondok Penginapan B

Pondok penginapan B terletak berhampiran anak sungai. Pondok ini berkembar dengan sebuah tandas di belakangnya serta di sediakan sink untuk mencuci. Pondok B mempunyai sebuah bilik yang dilengkapi kipas siling, dengan 2 buah tilam queen size, bantal,  tikar, almari dan plug untuk memasak mahupun mengecas telefon. Keluasan bilik bersamaan dengan keluasan beranda.


Pondok Penginapan A







 
Pondok penginapan A terletak berhampiran sungai. Di sekitarnya  disediakan sebuah tempat untuk BBQ dan meja untuk berkelah. Pondok A mempunyai sebuah bilik yang dilengkapi kipas siling, dengan sebuah tilam queen size, bantal,  tikar, almari dan plug untuk memasak mahupun mengecas telefon. Keluasan bilik bersamaan dengan keluasan beranda.